Categories
Hartanah Home top

4 Langkah Startup Bisnes Sublet Anda Pada Tahun 2017

Anda masih mencari-cari bisnes yang menjanjikan pulangan yang menarik dalam hartanah dengan modal yang rendah?SUBLET mungkin jawapannya.Dengan memulakan bisnes sublet anda mampu untuk menjana pendapatan sehingga RM 4 angka sebulan tanpa memilik hartanah pun. Menarik bukan?

Walaubagaimanapun , sebelum memulakan bisnes ini ,anda hendaklah mempersiapkan diri dengan ilmu berkaitan dengan sublet ini supaya bisnes anda berjalan dengan lancar.Ini disebabkan setiap bisnes ada risikonya , hanya dengan ilmu sahaja kita dapat meminimakan risiko. Dalam Artikel ini saya ingin kongsikan 4 langkah mudah untuk memulakan bisnes sublet anda dengan mudah.

1.Kajian Pasaran

Produk bagi sublet ialah Rumah. Jadi perkara pertama yang perlu anda sediakan adalah rumah untuk di “Sublet”kan. Tetapi sebelum itu anda kena pastikan bahawa kawasan yang anda pilih tersebut memang kawasan yang mudah untuk disewakan semula. Kebiasaannya tempat yang mempunyai kepadatan yang tinggi merupakan kawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Cara mudah untuk melihat kepadatan sesuatu kawasan adalah dengan melihat “PARKING” di tempat tersebut.Cuba lihat kawasan yang padat dengan kereta yang parking di bahu-bahu jalan.

Selain daripada melihat parking di sesuatu kawasan, anda juga boleh melihat Occupancy rate tempat tersebut.Cara untuk melihat Occupancy rate adalah dengan melawat kawasan tersebut pada waktu PRIME (8.00 Malam-9.00 Malam) dan lihat berapa peratus lampu yang terpasang.Jika lebih dari 70% daripada rumah tersebut terang,maka kita dapat simpulkan kawasan tersebut penuh (high Occupancy Rate).Kaedah ini sesuai untuk kawasan yang mempunyai banyak tingkat sahaja (STRATA) dan tidak sesuai untuk kawasan property di atas tanah.

Ingin Belajar Ilmu Sublet Yang dengan lebih terperinci secara Praktikal? KLIK SINI 

4

2. Kenalpasti Market Segment

Market Segment ini sebenarnya dalam bahasa lebih mudah ialah kenalpati siapa yang bakal menyewa rumah anda tersebut.Jika unit sublet anda berhampiran dengan kawasan Universiti, mungkin market segment anda terdiri daripada golongan pelajar-pelajar universiti tersebut. Jika unit subet anda di kawasan yang berhampiran dengan stesyen Komuter/LRT mungkin market segment anda adalah di kalangan mereka yang belum mempunyai kenderaan sendiri.

Kenapa perlu kenalpasti market segment ini? Anda perlu kenalpasti market segment ini supaya lebih mudah untuk anda mengiklankan kepada mereka.Apabila anda iklan anda akan lebih TARGETED kepada mereka secara tak langsung unit ublet anda akan lebih mudah disewakan.Jika anda tidak dapat mengenalpasti Market Segment dengan tepat,kemungkinan unit sublet anda tidak dapat disewakan adalah amat tinggi.

3. Kenalpasti Modal yang diperlukan

Untuk modal sublet ini saya boleh bahagikan kepada 3 jenis Modal.Modal pertama ialah modal deposit (MD).Modal ini diperlukan untuk mendapatkan unit sublet.Contohnya sebuah rumah disewakan pada harga RM 1000 sebulan. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan unit tersebut anda hendaklah menyediakan 2+1+1/2 (kadang-kadang 1+1+1/2).Jadi jumlah keseluruhan MD ialah RM 1000+RM1000+RM1000+RM 500 =RM 3,500.

Modal yang kedua ialah Modal Fully Furnished (MFF),modal ini sesuai untuk mereka yang ingin menyewakan unit sublet secara per bilik dan per individu.Antara barang-barang yang patut dibeli supaya rumah tersebut di anggap Fully Furnished adalah seperti Televisyen ,Almari Baju, Katil, Mesin Basuh dan Peti Ais.

Modal yang ketiga pula ialah Modal Renovasi (MR). Untuk modal ini tidak semua rumah sublet perlukan modal ini,ia bergantung kepada jenis sublet yang anda ingin lakukan.Kebiasaannya kos renovasi ini akan wujud apabila anda ingin menambah bilik di bahagian ruang tamu. Jadi kos untuk penambahan bilik ini perlu di ambil kira di dalam pengiraan modal awal.

4. Dapatkan Unit Sublet Anda

Selepas anda kenalpasti kawasan,kenalpasti market segment dan juga kenalpasti berapakah modal yang diperlukan,maka langkah seterusnya adalah mendapatkan unit sublet anda. Dimana anda nak dapatkan listing-listing kawasan yang  dipilih?

Mudah sahaja anda cuma perlu pergi ke laman web pengiklanan seperti Mudah.my, iproperty.com, propertyguru.com dan propwal. Di sini ada ratusan senarai rumah yang ada di kawasan yang anda inginkan.Anda cuma perlu hubungi Ejen atau pemilik rumah dan nyatakan hasrat anda kepada mereka.

Ingin Belajar Ilmu Sublet Yang dengan lebih terperinci secara Praktikal? KLIK SINI 

SHARE ARTIKEL INI DENGAN KAWAN-KAWAN ANDA JUGA!KLIK SHARE SEKARANG!

1 reply on “4 Langkah Startup Bisnes Sublet Anda Pada Tahun 2017”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *