Categories
Hartanah Home top

5 Perkara Anda Perlu Ambil Kisah Berkaitan Perjanjian Sewaan

Menyewa rumah menjadi antara perkara yang sering dilakukan oleh pemilik rumah bagi mendapatkan pulangan sewaan.Pulangan sewaan inilah yang dipanggil sebagai aliran tunai kepada pemilik rumah.Aliran tunai yang positif adalah satu impian bagi pemilik rumah yang ingin menjadikan rumah mereka sebagai sebuah aset.

Tetapi tidak ramai yang mengambil kisah berkaitan dengan perkara yang paling penting dalam sewaan hartanah iaitu perjanjian sewaan.Kebanyakan pemilik rumah hanya COPY dan EDIT sahaja perjanjian daripada rakan-rakan sehingga tidak tahu intipati sebenar perjanjian tersebut.Kalau diikutkan perundangan,perjanjian inilah yang boleh digunakan untuk melindungi kepentingan pemilik rumah daripada penyewa.

Tidak kiralah anda sebagai pemilik rumah atau penyewa , ini adalah 5 perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum menandatangani sesebuah perjanjian sewaan :

1.Tempoh Sewaan dan pilihan memperbaharui sewaan

Tempoh sewaan bergantung kepada pemilik rumah. Ia boleh berlaku dalam tempoh masa bulanan ataupun secara tahunan.Sewaan biasanya terbahagi kepada dua jenis yang dipanggil sebagai sewaan (kurang dari 3 tahun) dan pajakan (lebih daripada 3 tahun).Kita biasa dengar berkaitan dengan 1+1+1/2,2+1+1/2 dan sebagainya untuk deposit sesebuah rumah sewa.Tanda ‘+’ merujuk kepada pilihan untuk seseorang itu melanjutkan tempoh sewaan mereka.Sekiranya lanjutan sewaan ingin dibuat,maka pihak penyewa perlulah memberikan notis bertulis kepada pemilik rumah sebelum tamat tempoh sewaan ke atas rumah tersebut.

2. Maklumat Pemilik dan Penyewa Rumah

Di dalam perjanjian sewaan,maklumat berkaitan dengan pemilik dan penyewa rumah perlu di letakkan.Antara maklumat penting adalah seperti Nama Penuh,No kad pengenalan,alamat rumah, dan nombor untuk dihubungi.Nombor akaun bank bagi memudahkan penyewa untuk memasukkan duit sewaan bulanan juga adalah penting.Pemilik dan penyewa rumah perlu memastikan yang mereka meletakkan alamat yang betul dan boleh dihubungi.Bagi pemilik rumah pula,anda digalakkan untuk meletakkan alamat rumah yang berlainan dari rumah yang disewa tersebut.Ini adalah kerana,sekiranya anda ingin menghantar notis ,ia akan kelihatan pelik jika anda menghantar kepada alamat rumah anda sendiri.

3. Bayaran Deposit,Jumlah Sewaan dan Cara Pembayaran

Bayaran deposit perlu dinyatakan dengan jelas di dalam perjanjian tersebut.Katakan jumlah deposit yang dikenakan ialah 2+1+1/2.Angka 2 merujuk kepada 2 bulan deposit, angka 1 merujuk kepada sewaan pada bulan yang penyewa masuk manakala 1/2 merujuk kepada deposit bagi utiliti (Elektrik dan air).Cara pembayaran juga mestilah jelas dinyatakan di dalam perjanjian contohnya seperti “Pembayaran sewaan hendaklah dijelaskan pada atau sebelum 1hb setiap bulan dan paling lewat pada 7hb setiap bulan”.

4. Tujuan Sewaan

Sekiranya hartanah tersebut disewakan atas tujuan Residensi maka di dalam perjanjian perlulah dinyatakan tujuan sewaan tersebut sebagai Residensi.Begitulah juga sekiranya ianya merupakan lot komersial,ia perlu dinyatakan tujuan adalah untuk perniagaan.Contohnya sekiranya penyewa menyewa kedai daripada pemilik ,maka setiap perkara berkaitan dengan kelulusan perniagaan,kelulusan renovasi kedai adalah dibawah tanggungjawab penyewa.Sekiranya terdapat perlanggaran peraturan,maka pemilik tidak akan bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan oleh penyewa tersebut.

5. Vacant Posession (VP)

Pada bulan akhir sewaan,penyewa perlu menyerahkan kunci kepada pemilik dan adalah dinasihatkan supaya pemilik untuk melihat rumah tersebut sebelum memulangkan kembali deposit.Sekiranya terdapat kerosakan ataupun terdapat baki bil utiiti yang tidak dijelaskan,pemilik boleh mengenakan kos tersebut kepada penyewa dengan menolak deposit yang diletakkan oleh penyewa.Perkara ini sangat penting bagi memastikan keadaan rumah sewa tersebut dalam keadaan yang baik dan pemilik tidak perlu menanggung kos baikpulih yang tinggi disebabkan kerosakan yang dilakukan oleh penyewa.

Kesimpulannya tiada STANDARD perjanjian sewaan yang perlu diikut,ianya bergantung kepada persetujuan bersama di antara penyewa dan pemilik hatanah.Oleh yang demikian, kedua-dua pihak perlulah berbincang dan menetapkan terma-terma dan kondisi yang memihak kepada kedua-dua belah pihak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *