Categories
Hartanah Home top

Jangan Mulakan Bisnes Sublet Sehingga Anda Buat 4 Perkara ini

Perkembangan bisnes sublet pada ketika ini amat memberangsangkan.Ramai yang sudah mula berjinak-jinak dengan bisnes ini.Antara faktor paling utama ialah ENTRY COST untuk bisnes ini tidak berapa tinggi dan menjanjikan pulangan yang agak lumayan.Walaubagaimanapun sebelum anda benar-benar ingin mulakan bisnes ini dinasihatkan agar anda persiapkan diri anda bagi menghadapi cabaran yang bakal datang.Berikut adalah 5 perkara wajib buat sebelum mulakan bisnes sublet :

1. Ilmu Sublet

Sebelum anda pergi jauh dalam bisnes ini adalah disyorkan supaya anda sentiasa lengkapkan diri dengan Ilmu dalam sublet ini. Dalam apa jua bisnes terdapat pelbagai risiko yang mendatang dan cara untuk mengurangkan risiko adalah dengan memenuhi dada dengan ilmu bisnes tersebut.Banyak seminar dan juga kelas persendirian disediakan bagi mereka yang baru hendak bermula dalam bisnes ini. Nak lebih mudah anda boleh dapatkan buku-buku berkaitan dengan sublet di kedai-kedai buka ternama di tempat anda.

Secara amnya Ilmu Sublet ini merujuk kepada bagaimana untuk mengkaji pasaran sublet, bagaimana untuk mengangarkan keuntungan, bagaimana untuk mendapatkan unit sublet dan sebagainya. Jangan terkejut sekiranya apabila anda belajar sublet dengan seseorang kemudian belajar belajar dengan orang lain, kaedah yang digunakan adalah berbeza.Ini kerana Setiap orang mempunyai mazhab yang berbeza berdasarkan pengalaman dalam bisnes sublet mereka. Bagi yang berminat untuk belajar mulakan bisnes sublet secara praktikal bersama saya anda boleh KLIK SINI.

2. Kos-Kos Berkaitan Bisnes Sublet

 

Dalam setiap bisnes anda kena kenalpasti apakah kos-kos yang terlibat dalam perjalanan bisnes tersebut. Mari saya kongsikan sedikit sebanyak kos yang terlibat dalam bisnes ini. Untuk kos permulaan anda perlu menyediakan modal bagi medapatkan unit sublet.Dan setiap modal berbeza dan ia bergantung kepada stratagi sublet anda.

Kemudian selepas mendapatkan rumah, anda perlu tahu berapakan kos-kos yang terlibat setiap bulan dalam mengendalikan unit sublet anda. Ini termasuklah penggunaan Elektrik, penggunaan Air dan juga penggunaan Internet.Pengetahuan berkaitan kos ini amat penting bagi memastikan pengiraan keuntungan adalah tepat. Di dalam kelas praktikal saya nanti ,peserta akan ditunjukkan bagaimana untuk membuat pengiraan-pengiraan penting ini supaya bisnes anda tidak rugi.Siapa yang nak buat bisnes tetapi RUGI? Betul tak?

Kos-kos-terlibat-dalam-sublet

3. Kawasan Untuk STARTUP

Sebelum anda memulakan bisnes ini,anda peru tahu dimana kawasan yang seharusnya anda SETUP untuk dijadikan unit sublet anda.Perlu diingatkan unit anda ini boleh jadi dua BENDA. Satu ia boleh jadi mesin ATM dan satu lagi ia boleh jadi ALONG (along kutip hutang).

Unit sublet anda boleh menjadi mesin ATM sekiranya unit sublet anda memberikan pulangan yang psotif (Positive Cashflow) setiap bulan. Tetapi jika unit sublet anda tidak memberikan keuntungan (negative cashflow) bersiap sedia lah untuk mengeluarkan duit dari poket anda sendiri setiap bulan.Oleh sebab itu adalah sangat penting untuk anda pastikan mana kawasan yang paling menguntungkan.Di dalam ebook 50 list Hot Sublet saya ada senaraikan 50 kawasan yang berpotensi menjadikan unit sublet anda sebagai mesin ATM.

pr-1465945091

4. Strategi Bisnes Sublet

Bagaimana anda nak sewakan semula unit anda? Adakah secara keseluruhan rumah?Adakah secara per bilik? Ataupun adakah secara per seorangan. Jawapannya adalah anda perlu tahu demand di tempat tersebut barulah anda tetapkan startegi mana yang sepatutnya diguanakan.

Strategi ini sangat penting untuk memastikan yang bisnes sublet anda adalah bisnes yang mampu beri keuntungan setiap bulan.Salah strategi akan menyebabkan bisnes sublet anda hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja.Percayalah kerana ini yang dialami oleh ramai subletter di luar sana.

 Nak mulakan bisnes sublet tapi tak tahu nak start dari mana? KLIK SINI

1 reply on “Jangan Mulakan Bisnes Sublet Sehingga Anda Buat 4 Perkara ini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *