Categories
Hartanah Home top

Cara Untuk Mengira Debt Service Ratio anda

Perkara yang paling penting yang dilihat dari perspektif  pihak bank untuk meluluskan sesuatu pinjaman perumahan anda ialah DSR (Debt Servis Ratio).DSR juga dikenali sebagai DBR (Debt Burden Ratio).Secara bahasa mudahnya ia merupakan satu kayu ukur untuk menilai berapakah lama “Hutang” yang mampu anda uruskan.Dengan kata lain ,adalah anda layak untuk menambah hutang anda lagi?

Konsepnya seperti ini, katakan ada seseorang yang datang kepada anda dan ingin meminjam duit .Apa yang anda akan lihat kepada orang tersebut?Perkara pertama yang   akan melihat ialah kemampuan orang tersebut untuk membayar kembali duit yang dipinjam setiap bulan. Begitulah juga dengan pihak bank.Mereka telah memperkenalkan satu indikator penting bagi menilai prestasi seseorang itu dengan pihak kewangan.

Rumus untuk mengira DSR adalah seperti berikut :

Rumus Pengiraan DSR
DSR = (KOMITMEN / PENDAPATAN) X 100

Dua perkara penting di dalam rumus tersebut ialah KOMITMEN dan juga PENDAPATAN.

Komitmen ialah jumlah hutang-hutang anda dengan pihak bank yang telah tertulis dan direkodkan di dalam laporan CCRIS anda.Anda boleh mendapatkan laporan CCRIS ini di Bank Negara Malaysia. Contoh CCRIS adalah seperti di dalam gambar dibawah ini

Cara_mengira_CCRIS

Daripada laporan CCRIS milik Abu di atas ini, kita dapati pemilik laporan CCRIS ini mempuyai 3 komitmen. Pertama dengan Affin Bank untuk pembelian kereta.Kedua pinjaman peribadi daripada AEON bank dan ketiga pinjaman peribadi daripada Maybank Islamic.

Katakan setiap bulan abu membayar RM 600 untuk pinjaman kereta,RM 300 untuk pinjaman peribadi dengan AEON dan RM 400  untuk pinjaman peribadi dengan Maybank maka jumlah komitment abu ialah :

KOMITMEN ABU
KOMITMEN = RM 600 + RM 300 + RM 400 = RM 1,300

Jadi jumlah Komitmen Abu ialah sebanyak RM 1,300.

Untuk Pendapatan pula kita boleh bahagikan kepada 4 jenis pendapatan iaitu pendapatan aktif, pendapatan pasif, pendapatan perniagaan dan pendapatan portfolio.

Contohnya Abu merupakan seorang guru yang membuat pernigaan online secara sambilan. Dia juga seorang yang aktif dalam bermain saham. Abu juga mempunyai sebuah rumah yang disewakan kepada pelajar beliau.Jadi secaratidak langsung Abu mempunyai keempat-empat pendapatan di atas :

  • Pendapatan Aktif = Gaji sebagai seorang guru.
  • Pendapatan Pasif = Sewaan rumah.
  • Pendapatan perniagaan = Daripada perniagaan online.
  • Pendapatan portfolio = Keuntungan daripada saham

Katakan jumlah keseluruhan pendapatan Abu setiap bulan adalah RM 4,000 . Maka , Debt Service Ratio (DSR) Abu ialah :

DSR  = (RM 1,300 / RM 4,000) X 100

= 33%

Kita digalakkan untuk mengekalkan DSR dbawah 60% kerana apabila melebihi daripada 60% maka agak sukar untuk pinjaman kita dilulukan. Setiap bank mempunyai limit yang berbeza-beza di dalam DSR. Dan perbezaan limit ini bergantung kepada pendapatan seseorang tersebut.

KONGSIKAN SEKIRANYA BERMANFAAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *