Categories
Hartanah

Apa itu Cashflow Percentage (CF%)?

Terdapat dua faktor pemilihan rumah untuk dijadikan sebagai pelaburan.2 faktor tersebut ialah ALIRAN TUNAI (CASHFLOW) dan juga KENAIKAN NILAI HARTANAH (CAPITAL APPRECIATION).Bagi pelaburan yang inginkan Aliran Tunai , caranya adalah dengan menyewakan semula rumah yang telah dibeli tersebut.Perlu dipastikan bahawa aliran tunai tersebut mestilah berada dalam keadaan aliran tunai positif.

Apa yang dimaksudkan dengan aliran tunai positif (CF+)?

Contohnya :

  1. Bayaran Bulanan kepada bank : RM 850.
  2. Bayaran Senggaraan (maintenenance) : RM 200
  3. Sewaan setiap bulan : RM 1500

Rumus pengiraan Cashflow (CF) :

CF   = SEWAAN – (SENGGARAAN & BAYARAN BULANAN KEPADA BANK )

= RM 1500 – (RM 850+RM 200)

= RM 450

Dalam situasi di atas , RM 450 merupakan aliran tunai positif kerana mempunyai lebihan tunai selepas di tolak dengan komitmen  bulanan.Komitmen bulanan di ambil daripada dua perkara iaitu installment kepada pihak bank dan juga senggaraan.Ada juga beberapa pelabur hartanah mengambil kira kos seperti bayaran bulanan elektrik,bil air dan bil internet kedalam rumus diatas sebagai komitment.Itu dinamakan sebagai NETT CASHFLOW (Aliran tunai bersih).

Ada satu indikator penting di dalam Cashflow ini yang sering dilupakan oleh pelabur-pelabur hartanah,Ia dinamakan Cashflow Percentage. (CF%). Semakin tinggi CF%, semakin baik sesuatu tempat tersebut.Cara untuk mengira CF% adalah seperti berikut :

             CF% =( (CF)/MONTLY RENTAL) X 100%

CF% ini dapat membantu seseorang untuk melihat di sudut lain prestasi sesebuah hartanah.Maksudnya di sini sekiranya terdapat 2 kawasan yang memberikan CF yang sama,yang mana satu kawasan lebih baik untuk dibeli?Mari kita tengok contoh di bawah :

Hartanah A
Sewaan Sebulan = RM 2,000 Komitment Sebulan = RM 1,800 Cashflow = RM 200 Cashflow Percentage = 10%

Hartanah B
Sewaan Sebulan = RM 1,000 Komitment Sebulan = RM 800 Cashflow = RM 200 Cashflow Percentage = 20%

Hartanah A dan Hartanah B mempunyai CF yang sama iaitu RM 200 tetapi mempunyai CF% yang berbeza.Dalam kes ini Hartanah B mempunyai potensi yang lebih baik berbanding dengan hartanah A.Oleh yang demikian CF% adalah satu indikator yang dapat membantu anda untuk membandingkan antara dua kawasan yang mempunyai CF yang sama.

SEMOGA BERMANFAAT.KONGSIKAN BERSAMA RAKAN ANDA

1 reply on “Apa itu Cashflow Percentage (CF%)?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *