Categories
Home top Internet Marketer

Susah Close Sale? Ikuti 4 Langkah Simple Close Sale guna Whatsapp

close sale whatsapp2

Anda seorang peniaga online?Artikel ini khas untuk anda.

Pernah tak mengalami keadaan apabila banyak prospek yang bertanya berkaitan dengan produk anda,tetapi selepas anda reply whatsapp mereka..krik..krik..krik..(tiada sebarang jawapan).Yang lagi bestnya apabila anda cuba menghubungi semula untuk follow up panggilan anda langsung tidak dijawab.Ini antara masalah yang sering dihadapi oleh peniaga-peniaga ONLINE dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan bisnes anda lingkup.

Berita baiknya disini terdapat beberapa FORMULA KHAS STEP BY STEP yang anda boleh gunakan untuk memastikan pelanggan berkata “YA” kepada produk anda.Berikut antara langkah-langkah yang perlu anda ambil sewaktu seseorang menghubungi anda untuk bertanya berkaitan dengan produk.

KLIK SINI untuk mendapatkan panduan lengkap Close Sale dengan Whatsapp

1. Jangan berikan harga terlebih dahulu.

Kebiasaanya apabila seseorang menghubungi anda melalui whatsapp ,perkara yang pertama yang bermain di fikiran mereka adalah harga.Pernah dapat mesej sebegini..PM price?. Apa yang berlaku apabila anda terus memberikan harga? Keberangkalian untuk mereka mendengar kata-kata anda selepas itu adalah tipis disebab mereka sudah mendapat apa yang mereka mahukan.Jadi apa yang perlu anda lakukan jika mereka meminta harga dari anda?

Maaf sis sebelum itu boleh saya bertanyakan beberapa soalan ,sebab saya nak pastikan adakah produk ini sesuai atau tidak kepada sis

 2. Kuasai perbualan dengan prospek anda.

Bagaimana untuk mengusai perbualan?Mudah sahaja apa yang penting anda kena sentiasa bertanyakan soalan kepada prospek anda.Contoh soalan yang boleh ditanyakan adalah seperti nama siapa tinggal di mana dan sebagainya.Ini juga dikenali sebagai Instant Rapport.Biar mereka merasai seolah-olah mereka telah lama mengenali anda.Apabila perasaan TRUST mula dibina maka lebih senang untuk anda teruskan berbual dengan mereka.

Soalan wajib yang anda perlu tanyakan ialah soalan apakah masalah yang sedang dihadapi oleh mereka :

Sis nak beli produk ini sebab masalah apa yer?Mana lah tahu saya boleh bantu?”

3. Mendengar dengan penuh teliti.

Maksud mendengar ini bukannya anda kena hubungi prospek tersebut dan bercakap melalui telefon.Cukup sekadar mengiyakan apa yang mereka cuba terangkan kepada anda.Anda boleh menulis seperti…owh..okay..betul tu..saya sokong dan sebagainya sebagai ayat seolah-olah anda memahami masalah mereka tersebut.Teknik ini nampak simple tetapi sangat berkesan.

Soalan seterusnya yang anda perlu tanyakan ialah :

Adakah sis pernah mencuba produk lain sebelum ini?”

Apabila mereka menceritakan pengalaman dengan produk sebelum ini, JANGAN SESEKALI anda menjatuhkan produk yang lain tersebut.Cukup sekadar anda berkata bersetuju dan nyatakan kelebihan produk anda kepada mereka.Contoh ayat yang boleh digunakan adalah seperti berikut :

Betul tu sis, ada seorang customer saya dulu pun mengalami masalah yang sama tetapi alhamdulillah setelah menggunakan produk ini masalah _________ ini pun hilang.

KLIK SINI untuk mendapatkan panduan lengkap Close Sale dengan Whatsapp

4. Close Sale dengan yakin.

Jangan takut-takut untuk close sale.Tanya kepada prospek anda berapa unit yang ingin dibeli dan bila pembayaran akan dibuat.Jangan sekadar menjual hanya satu unit sahaja.Tawarkan pakej yang lebih menguntungkan kepada prospek anda dengan memberikan diskaun kepada mereka.. Anda boleh tanya soalan seperti berikut :

“Berapa unit sis nak cuba?Kalau beli 2 unit akan dapat diskaun 20%.Satu lagi ini mungkin sis boleh bagi kepada ibu, sedara mara terdekat atau rakan yang mengalami masalah yang sama dengan sis”

Panduan diatas merupakan sebahagian daripada teknik yang diajarkan melalui ebook Skrip Close Sales dengan mengunakan Whatsapp.Untuk mendapatkan teknik-teknik Close Sale yang lebih Advance lagi anda boleh klik pada link ini —> Skrip Close Sale.

ARTIKEL IN BERGUNA KEPADA ANDA?

KONGSIKAN ARTIKEL INI DENGAN RAKAN-RAKAN ANDA

7 replies on “Susah Close Sale? Ikuti 4 Langkah Simple Close Sale guna Whatsapp”

Sy penah mbeli..dan pjual gunakan ayat2 di atas..kita nk tau price jek..sy dapati skrip mmg annoying lahh..kita nak mjawap pun malas..kita nk tau price jek.

Perasaan : membebel laa pulak seller ni.

Kalau tilam, toto, ayat close apa yang perlu saya bagi. Takkan nak tanya apa masalah encik. Macam tak sesuai pulak tuan.

Tak semua produk kita boleh gunakan teknik ini.Sebenarnya teknik ni more kepada kita nak tahu apa masalah yang customer kita hadapi sebelum ini

Tak semua customer boleh tahan sabar dgn tip bodo mcm ni. Kadang2 disebab tip bodo mcm ni lah yg membuatkan customer marah. Yg tukang nak bagi tip pun cuba la fikir risiko kepada penjual

Maaf ye. Kekadang customer kena blajar utk sabar dlm satu perkara. Bukan apa yg kita tanya semua benda org nak kena jawab. Dlm business, ada prosedur kena follow. Businessman kena tanya cam tu sbb nak tahu apa masalah dan solution dia org kena bagi.

Point saya ialah anda kena blajar bersabar dlm satu perkara. Kekadang nmpk remeh, leceh atau kita mesti pikir apa nak jaga tepi kain org. Akhir skali, kita bukan saja menjual tapi kita bagi solution pada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *