Categories
Internet Marketer

Rahsia Pemasaran Instagram Dibongkarkan Oleh Sifu Instagam

[Artikel ini merupakan tulisan asal dari Sifu Instagram Malaysia Tuan Aulis Uwais]

Dah pernah belajar Pemasaran Instagram tapi sale masih suam-suam?

Ini bukan salah dengan siapa anda belajar. Tapi anda tak kuasai teknik asas tentang pemasaran Instagram. Kalau dah belajar pun tapi tak apply buat apa.Pergi belajar advance macam mana pun tapi yang asas anda tinggalkan jangan harap sale nak meletup lah.

insta

Dalam gambar ni Jimmy cakap hari-hari whatsapp masuk lepas belajar dari Video Gerilla Instagram yang saya berikan. Yang saya ajar cuma asas sahaja. Belum cerita content yang patut digunakan untuk pemasaran.Macam saya cerita. Asas kalau takde. Memang tak jalan. Jadi dekat sini saya share sikit cara asas pemasaran di Instagram.

100% Pelanggan Membeli Kerana EMOSI

Anda kena ingat. Orang membeli kerana emosi. Kalau takde sebab mereka nak beli memang mereka ni takkan beli walaupun anda bagi promosi gila macam mana pun.Tapi macam mana nak wujudkan pembelian tu kalau orang tak tau pun tentang produk atau servis yang anda tawarkan?

Ini Rahsianya..

2016-08-30_1153

 

Kalau anda tengok profile camtu ade mood ke nak membeli produk dengan diorang?

TESTIMONI memang penting dalam apa-apa jenis bisnes pun sebab perkara ni lah yang membuatkan orang membeli.Dalam gambar tu bukan tak bagus letak gambar whatsapp untuk tarik minat pelanggan untuk membeli tapi ada cara yang lebih bagus dari tu. Dan cara ni lebih menarik.

Cara Letak Gambar Testimoni

Gambar testimoni wajib letak. Tapi bukan letak gambar screenshot whatsapp.Pernah ke anda tengok company besar-besar letak gambar whatsapp? Tak kan? Jadi dengar nasihat saya dan ikut apa yang saya cuba ajar.Teknik mampu tarik 30% (mungkin lebih) pelanggan baru untuk membeli dengan anda.

Step by Step..

Kalau anda menjual di Instagram mesti la pelanggan yang anda dapat ni dari Instagram kan?Syarat asas pemasaran di Instagram adalah anda kena buat orang berkata-kata tentang bisnes anda di Instagram.

Ini caranya..

  1. Dapatkan seorang customer baru atau lama.
  2. Setiap kali mereka buat pembelian mintak mereka ambil gambar produk anda ( yang dah sampai dekat pelanggan anda ).
  3. Minta mereka post di Instagram mereka sambil mention nama kedai Instagram anda.

Semudah itu sahaja…

Dengan cara ni mungkin kawan-kawan (follower) mereka yang lihat gambar yang dia post akan lihat pulak Instagram anda.

Senang kan? Tapi bukan sampai sini je. Akan ade sambungan lagi.Lepas dah minta mereka buat macam saya suruh kat atas tu pergi famouskan mereka pulak. Maksud saya repost gambar yang mereka post tadi di Instagram anda.Promote sesama sendiri. Cara ni akan membuatkan pelanggan kita ingat tentang kita dan sentiasa mempromote kita selepas itu. Tak guna modal pun. Free…

Tapi masa repost tu jangan lupa tag dan mention customer kita tu. Dan jangan lupa follow akaun Instagram mereka.

Sebab kita nak membentuk silaturrahim la kononnya. Serius. Saya tak main-main.

Berminat nak beajar lanjut berkaitan dengan Pemasaran Instagram dengan Tuan Aulis Uwais?

DOWNLOAD 3 SIRI VIDEO PERCUMA PEMASARAN ISTAGRAM DI SINI

Categories
Hartanah Home top

Mengapa Pengiraan DSR Setiap Bank berbeza?

“Saya apply loan dengan bank X tak lepas,tapi bila saya apply bank W lepas pula.”

Ini adalah antara senario yang sering berlaku apabila membeli sesuatu hartanah.Oleh sebab itu jangan cepat putus asa sekiranya pinjaman perumahan anda tidak lulus dari satu bank.Cuba untuk submit loan kepada bank yang lain,mana tahu kalau nasib anda baik bank tersebut akan meluluskan pinjaman perumahan anda.

Apakah antara faktor yang menyebabkan hal ini berlaku?

Jawapannya : Setiap bank mempunyai pengiraan DSR yang berbeza.

Dalam kata lain,setiap bank akan mengira KOMITMEN dan PENDAPATAN seseorang itu dengan cara yang berbeza.Anda masih tak faham apa yang saya maksudkan? Mari kita lihat satu contoh situasi yang dialami oleh Ahmad:

pengiraan_DSR_berbeza

Jadual di atas menunjukkan pendapatan (gaji, komisyen, sewa),dan juga komitmen (kereta dan rumah) oleh Ahmad setiap bulan.Statutory deduction adalah penolakan daripada gaji kasar Ahmad iaitu RM 3,000.Jadi gaji bersih Ahmad ialah RM 3000-RM 2400 = RM 600.(perlu diingat DSR dikira dari pendapatan bersih dan bukan pendapatan kasar)

Ahmad menghantar permohonan pinjaman perumahan kepada dua bank iaitu Bank A dan Bank B. Jadual dibawah menunjukkan bagaimana Bank A dan Bank B mengira pendapatan Ahmad :

pengiraan_DSR_berbeza

Bank A mengira pendapatan Ahmad sebanyak RM 8200 sebulan manakala Bank B mengira pendapatan Ahmad sebanyak RM 10100 sebulan. Perbezaan sebanyak RM 1900. Mari kita lihat pula bagaimana Bank A dan Bank B mengira komitmen Ahmad dalam jadual dibawah ini

pengiraan_DSR_berbeza

Bank A mengira komitmen Ahmad adalah RM 4000 manakala Bank B mengira pendapatan Ahmad sebanyak RM 4600 setiap bulan. Perbezaan sebanyak RM 600. Daripada jadual di atas kita boleh mengira DSR Ahmad adalah 48.78% bagi Bank A manakala bagi Bank B adalah sebanyak 45.54%. Perbezaan sebanyak 3%.(Klik SINI sekiranya anda lupa formula pengiraan DSR) Setiap bank mempunyai DSR Treshold yang berbeza untuk pendapatan .Jadual di bawah menunjukkan perbezaan tersebut

pengiraan_dsr_berbeza_4

Daripada jadual di atas kita dapat lihat untuk Bank A Maksimum DSR adalah sebanyak 80% manakala untuk Bank B maksimum DSR adalah 90%. Oleh sebab itulah setiap bank mempunyai nilai Maksimum DSR yang berbeza untuk kelulusan sesuatu pinjaman.

Sumber : KClau.com

SHARING ARTIKEL KEPADA RAKAN ANDA.

Categories
Hartanah Home top

Asal usul 90% MOF/LTV dalam Pinjaman Perumahan

Asal usul MOF 90%

MOF (Margin of Finance) dan LTV (Loan to value) merupakan margin perbezaan di antara harga jual dengan harga pinjaman yang diperolehi oleh dari pihak bank.Sebagai contoh sekiranya anda membeli satu hartanah yang bernilai Rm 100,000, sekiranya MOF ialah 90%,maka peratus bagi pinjaman yang diluluskan oleh pihak bank adalah RM 90,000.

Pada ketika ini kebanyakan bank memberikan MOF sebanyak 90% bagi rumah kediaman pertama dan kedua.Ada juga yang memberi tawaran kurang daripada 90% bergantung kepada kedudukan kewangan anda. Bagi hartanah komersil pula ,MOF biasanya di antara 80-85%.Walaubagaimanapun terdapat beberapa bank yang menawarkan MOF sehingga 100% berdasarkan beberapa Skim Rumah Pertamaku.

Daripada datangnya ketetapan 90% ini?

Ia datang daripada klausa 4 di dalam Jadual G dan Jadual H di dalam Peraturan – Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989 di mana kedua-dua merujuk kepada Jadual Ketiga.Di dalam Jadual tersebut 10% daripada harga jualan sesebuah rumah diperlukan sebagai deposit kepada penjual.Daripada jadual inilah maka lahirnya konsep 10:90 dimana 10% merujuk kepada deposit manakala 90% lagi dibayar secara installment kepada pihak bank yang meluluskan pinjaman.

Adakah cara lain untuk mendapatkan pinjaman 100%?

Berita baiknya ada cara untuk mendapatkan pinjaman 100% iaitu dengan teknik membeli rumah di bawah Harga Pasaran (Below Market Value).Contohnya Harga pasaran bagi rumah A ialah RM 120,000. Katakan penjual dan pembeli telah bersetuju supaya harga jualan yang sebenar adalah pada RM 100,000. Peguam akan memainkan peranan di mana mereka akan menyatakan di dalam S&P yang harga pembelian adalah pada harga RM 120,000. Pihak Bank memberikan 90% MOF, maka harga pinjaman yang diperolehi adalah sebanyak RM 108,000. Dalam kes ini pembeli iakan mendapat lebihan RM 8,000.Best tak?

Categories
Internet Marketer

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menjalankan Perniagaan Internet Sekarang

Apabila bercakap berkaitan dengan perniagaan internet pada masa kini ia sudah tidak asing lagi berikutan perkembangan media sosial yang semakin mudah di akses oleh semua orang. Tidak seperti 6 tahun yang lepas, perniagaan internet ini sudahpun wujud , tetapi oleh kerana pelbagai masalah teknikal yang dihadapi oleh mereka yang ingin memulakan bisnes internet maka niat tersebut terpaksa dibatalkan.

Terima kasih kepada perkembangan teknologi masa kini kerana ianya amat mudah untuk anda memulakan perniagaan di internet. Semudah A,B dan C sahaja. Contohnya untuk membuat sesuatu laman web untuk mengiklankan produk anda, anda tidak perlu lagi untuk membina laman web, membeli domain dan hosting,atau belajar berkaitan Coding dan sebagainya sebab sekarang ada satu software yang hanya memerlukan kemahiran drag and drop sahaja. Memang cukup mudah dan senang digunakan.

Perkongsian kali ini adalah untuk memberi pengenalan kepada anda 5 sebab mengapa anda perlu untuk menceburi perniagaan internet ini sekarang.

1. Perkembangan Media Sosial.

Manusia kini dihubungkan melalui media-media sosial contohnya seperti Facebook, Twitter, dan Instagram.Secara tak langsung medium untuk mengiklankan kepada mereka sudah menjadi amat mudah. Statistik menunjukkan sebanyak 18 juta rakyat di Malaysia menggunakan Facebook (lebih dari 70% daripada jumlah penduduk di Malaysia mempunyai akaun Facebook yang aktif). Jadi amatlah rugi sekiranya anda tidak menggunakan peluang yang tersedia ini untuk menjana pendapatan melaluinya.

Sebab_mulakan_perniagaan_internet

2. Perkembangan Teknologi.

Anda menggunkan telefon pintar sekarang ini? Tahniah kerana anda boleh mulakan perniagaan internet ini dimana-mana sahaja hanya dengan menggunakan telefon pintar anda sekarang. Lebih dari 20 Juta orang rakyat Malaysia memiliki telefon pintar dan jumlah itu akan semakin meningkat setiap tahun.Ini secara tidak langsung ia memperluaskan lagi pasaran dalam perniagaan internet. Malah ada dikalangan peniaga barangan fizikal juga telah beralih kepada penjualan secara online.

3. Tanpa mengeluarkan Modal yang besar.

Anda tidak perlu mempunyai produk sendiri untuk menjalankan pernigaan internet.Anda hanya perlu promosikan produk orang lain dan anda dibayar komisyen berdasarkan jualan yang diperolehi.Teknik ini dinamakan Affiliate dan Dropship. Bahkan anda juga tidak perlu keluarkan modal yang besar untuk menyewa atau membeli lot kedai untuk dijadikan premis perniagaan. Cukup sekadar dengan membuka “kedai online” menggunakan medium yang percuma seperti Facebook dan Blog sahaja.

KLIK DI SINI untuk melihat bagaimana untuk Setup Laman Web hanya dengan drag and drop sahaja

4. Meningkatkan Pendapatan Sampingan.

Untuk memulakan perniagaan internet ini anda tidak perlu untuk mengorbankan pekerjaan hakiki anda sekarang ini.Anda boleh mulakan secara part-time sahaja dan peruntukkan 1-2 jam setiap hari untuk melihat perkembangan perniagaan internet anda. Jadi sekarang anda telah berjaya mencipta pendapatan sampingan (Side Income) yang boleh meningkatkan kehidupan anda sekeluarga.

5. Masa yang Fleksible dan 24 Jam.

Kedai anda tidak akan pernah “REHAT” disebabkan perniagaan ini adalah secara online 24 jam tanpa henti. Jadi anda tidak perlu lagi risau sekiranya anda sakit dan tidak boleh membuka kedai.Masa yang diperuntukkan untuk melihat perkembangan pernigaan ni juga aalah fleksible, anda tidak perlu monitor secara hari-hari,cukup sekadar melayan PM dan menguruskan tempahan pelanggan. Ada juga perniagaan internet yang hanya memerlukan 1 CLICK sahaja untuk menghantar produk kepada pelanggan.

Sekarang ini cuma tinggal persoalan sama ada anda MAHU atau TIDAK sahaja kerana saya yakin jika anda mulakan perniagaan internet ini sekarang,anda bakal kuasai pasaran pernigaan dalam apa juga bidang pada masa akan datang.

TIDAK TAHU BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN INTERNET? MARI SAYA TUNJUKKAN STEP BY STEP CARA MULAKAN PERNIAGAAN INTERNET.KLIK SINI SEKARANG!

Categories
Hartanah Home top

10 Sebab Pinjaman Perumahan Anda Ditolak Bank

ebab_Pinjaman_perumahan_ditolak_2

Anda sedang berkira-kira untuk memiliki sesebuah rumah ketika ini?.Saya pasti  perkara yang penting yang perlu di uruskan ketika ini adalah untuk mendapatkan kelulusan Pinjaman Perumahan daripada pihak bank.Tetapi tahukah anda pada ketika ini kadar kelulusan sesebuah pinjaman perumahan amat rendah jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu.Dengan kata lain kadar pinjaman tidak lulus sangat tingi.Di dalam artikel ini saya ingin berkongsi antara 10 sebab mengapa sesebuah pinjaman perumahan ditolak oleh pihak bank.

1.Pinjaman Anda ketika ini mempunyai masalah.

Setiap kali anda ingin memohon pinjman yang baru,bank akan melihat kepada laporan CCRIS (Central Credit Reference Information System) anda.Laporan ini memaparkan status setiap pembayaran pinjaman anda dalam tempoh masa setahun.(lihat gambar dibawah untuk contoh laporan CCRIS).Kelewatan pembayaran terhadap pinjaman yang anda sedia ada kini akan direkodkan dalam laporan ini.Sekiranya pihak bank melihat banyak tunggakan dan juga kelewatan pembayaran maka mereka boleh menganggap anda sebagai non-performer borrower.Sebagai non-performer borrower agak sukar untuk anda mendapatkan pinjaman pada masa akan datang.Laporan CCRIS ini anda boleh dapatkan di Bank Negara.

Cara_mengira_CCRIS

2. Pemaju / Pemilik Rumah Bankrap.

Bank akan menyemak sama ada pemaju/pemilik rumah tersebut bankrap atau dibawah tindakan undang-undang yang dipanggil CTOS (Credit Tip Off System).Jika penjual tersebut telah pun bankrap (sama ada individu ataupun syarikat) maka hartanah tersebut tidak boleh dipindah milik.Anda juga boleh menyemak status pemaju/pemilik ini dengan pergi ke laman web Myeg.com.my dan pergi ke bahagian Jabatan Insolvenci Negara.(sila rujuk gambar di bawah ini).

sebab_pinjaman_perumahan_ditolak3

3. Pemaju dalam Senarai hitam bank.

Setiap bank mempunyai senarai hitam pemaju yang berbeza-beza.Bank mempunyai sebab-sebab yang tertentu untuk “Blacklist“sesebuah pemaju. Antara sebab ialah pemaju tersebut pernah bankrap sebelum ini,pernah disaman oleh mahkamah atas sebab-sebab tertentu atau mempunyai pengalaman yang buruk dengan pemaju tersebut dalam projek-projek yang terdahulu. Adalah di nasihatkan supaya anda dapatkan senarai pemaju yang disenarai hitamkan oleh pihak bank.

4. Pendapatan tidak memenuhi kriteria.

Ini di antara sebab utama mengapa bank tidak akan meluluskan pinjaman perumahan anda.Katakan gaji anda adalah RM 3,000 setiap bulan, manakala bayaran installment setiap bulan adalah RM2,500, jika anda ditempat bank, adakah anda akan meluluskan pinjaman tersebut.Sudah tentu tidak bukan?Anda boleh melihat kemampuan anda dengan mengira DSR (Debt Service Ratio) diri anda sendiri.Di dalam artikel Cara untuk mengira Debt Service Ratio , saya ada terangkan secara terperinci cara-cara bagaimana untuk mengira DSR.

5. Dokumen yang palsu.

Jika anda berfikir dengan memalsukan dokumen-dokumen(contoh pemalsuan dokumen pendapatan dengan memberikan dokumen pendapatan tambahan) untuk mendapatkan pinjaman ,lebih baik anda lupakan hasrat tersebut.Jika pihak bank mendapat tahu pemalsuan dokumen tersebut,pinjaman anda bukan sahaja akan ditolak,malah lebih teruk lagi mereka akan membuat laporan kepada pihak polis.Ada satu kes dimana terdapat pemalsuan dari segi penyata EPF.Pihak bank ada cara tersendiri bagaimana untuk mengenali dokumen palsu ini.

6. Hartanah dalam kawasan senarai hitam.

Sepertimana pihak bank mempunyai senarai hitam pemaju,mereka juga mempunyai senarai hitam kawasan-kawasan tertentu yang telah siap sepenuhnya.Antara kawasan-kawasan adalah seperti kawasan tanah runtuh (c0ntoh Bukit Antarabangsa),kawasan yang banjir,kedudukan dibawah High Tension Tower, dan juga kawasan yang masih berada dalam master title lebih dari 10 tahun.

7. Tiada bukti pendapatan yang lengkap

Bank akan sentiasa melihat kepada dokumen yang dihantar.Mereka bukan sahaja mahukan Slip Gaji bulanan,bahkan mereka cuba untuk mendapatkan lebih daripada iu contohnya seperti EPF, Income Tax, penyata akaun semasa/akaun simpanan dan apa-apa sahaja yang boleh membuktikan pendapatan tambahan terhadap diri anda. Oleh yang demikian anda perlu lampirkan dokumen yang lebih daripada apa yang diminta oleh pihak bank. Buat satu profil (dalam bentuk seperti Resume) tentang status kedudukan kewangan anda terkini.

8. Leasehold yang kurang dari 30/60 Tahun Tenure.

Ini terpulang kepada bank tetapi ada di kalangan mereka yang tidak menerima hartanah yang mempunyai baki pegangan kurang dari 30 atau 60 tahun. Kebiasaannya pihak bank akan melihat semula keadaan hartanah tersebut sama ada nilai hartanah tersebut akan berkurang pada akhir tempoh pegangan.

9. Pegawai bank yang menguruskan pinjaman.

Pengalaman pegawai bank dalam menguruskan pinjaman sangat penting dalam proses kelulusan pinjaman anda.Sekiranya pegawai tersebut tidak pernah berhadapan dengan situasi bagaimana untuk mengatasi masalah dalam proses kelulusan pinjaman anda, mereka akan terus melupakan dan tidak akan memproses pinjaman tersebut. Berlainan dengan mereka yang mempunyai pengalaman, mereka akan cuba sedaya upaya untuk memastikan pinjaman anda lulus. Mereka akan telefon anda sekiranya perlukan dokumen sokongan tambahan. Anda juga yang sanggup pergi ke bank cawangan lain (bank sama) bagi menghantar dokumen anda.

10. Bukan salah anda, tetapi kriteria Bank!

Setiap bank mempunyai kriteria kelulusan ang berbeza. Bank A dan Bank B tidak akan sama kriteria dalam meluluskan pinjaman anda. Jadi jika permohonan anda telah ditolak oleh bank A, itu bukanlah pengakhiran kepada impan anda untuk memiliki rumah. Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke Bank B, Bank C dan Bank D dan hantar semula semua dokumen yang diperlukan. Dapatkan input daripada Bank A mengapa pinjaman anda ditolak sebagai satu ilmu bagaimana anda ketahui kriteria kelulusan sesebuah bank.

Semoga Perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

KONGSIKAN DENGAN RAKAN ANDA.KLIK BUTANG SHARE