Categories
Hartanah Home Middle

Elakkan ditipu “Ejen Hartanah”,2 Cara untuk Mengenali Mereka

Anda pernah berurusan dengan Ejen Hartanah?

Mungkin anda tidak tahu bahawa mereka adalah dalam bidang professional di mana setiap ativiti mereka dipantau oleh sebuah lembaga yang dinamakan LPPEH (Lembaga Penilai dan Pentaksir Hartanah).Nama panggilan sebenar mereka bukanlah Ejen Hartanah tetapi lebih kepada Perunding Hartanah (Real Estate Negotiator).Ejen Hartanah merupakan seseorang yang bertanggungjawab keatas sesebuah Agensi Hartanah.

Untuk lebih memahami perbezaan di antara Ejen Hartanah dan Perunding hartanah adalah seperti berikut :

Ayat yang biasa kita dengar adalah : Ali merupakan seorang ejen di bawah XYZ PROPERTIES.

Ali = Perunding Hartanah (REN), XYZ PROPERTIES = Agensi Hartanah

Dengan kata lain,istilah yang betul ialah :

Ali merupakan seorang perunding hartanah (REN) di bawah  XYZ Properties (Agensi Hartanah) di bawah seliaan En Abu (Ejen Hartanah)

Pada 1 Februari 2014, LPPEH telah menguatkuasakan suatu peraturan baru di mana setiap REN mestilah berdaftar di bawah mereka.Peraturan ini dikeluarkan disebabkan banyaknya aduan berkaitan dengan kes-kes penipuan membabitkan REN.Untuk mendaftar dengan LPPEH seseorang REN wajib untuk mengikuti kursus selama 2 hari dan mestilah bernaung dibawah mana-mana Agensi Hartanah yang berdaftar.

Setelah mendaftar,setiap REN akan diberikan satu Kad Kuasa (seperti di bawah) dan juga No.ID REN untuk menunjukkan mereka berdaftar di bawah LPPEH.Ada dua cara untuk mengenali mereka ini merupakan REN yang sah ataupun tidak.Dua cara berikut ialah :

1.Mempamerkan kad kuasa apabila berurusan

Setiap REN wajib mempamerkan kad kuasa mereka sewaktu berurusan dengan pelanggan mereka.Contoh kad kuasa adalah seperti di dalam gambar dibawah ini.Di dalam kad ini terdapat Nama,No.ic , dan No.Id REN individu tersebut.

Cara Elak ditipu Ejen Hartanah

2. Semak di dalam Laman Web LPPEH.

Cara kedua untuk menyemak sama ada REN tersebut berdaftar atau tidak dengan LPPEH adalah dengan memasuki laman web LPPEH sendiri.Pautan ke laman web tersebut ialah http://www.lppeh.gov.my/.Selepas itu anda boleh ke bahagian Negotiator Search seperti di dalam gambar di bawah ini

Cara_Elak_ditipu_Ejen_Hartanah1

Selepas itu anda masukkan sama ada Nama,No.IC,No ID REN ataupun No.telefon (masukkan salah satu sahaja sudah memadai) dan KLIK Butang SEARCH

Cara_elak_ditipu_ejen_hartanah2

Selapas itu maklumat seperti REN ID ,Nama penuh, nama dalam kad bisnes dan juga no telefon REN tersebut akan terpampang seperti di bawah

Cara_Elak_Ditipu_Ejen_Hartanah

Apakah kelebihan anda berurusan dengan REN yang berdaftar?

Ini semua adalah bagi mengelakkan kes-kes penipuan yang selalu berlaku dalam proses jual beli hartanah.Sekiranya terdapat REN yang berdaftar ini melakukan kesalahan, maka lebih mudah untuk di kesan dan dikenakan tindakan kepada mereka.Sekiranya anda tidak berurusan dengan REN yang berdaftar 100% risiko adalah diatas tanggungjawab anda sendiri. Mereka yang tidak berdaftar ini dikenali sebagai Broker Hartanah.

SHARE INFO INI KEPADA YANG LAIN UNTUK MENGELAKKAN MEREKA JUGA DITIPU

Categories
Home top Internet Marketer

Susah Close Sale? Ikuti 4 Langkah Simple Close Sale guna Whatsapp

close sale whatsapp2

Anda seorang peniaga online?Artikel ini khas untuk anda.

Pernah tak mengalami keadaan apabila banyak prospek yang bertanya berkaitan dengan produk anda,tetapi selepas anda reply whatsapp mereka..krik..krik..krik..(tiada sebarang jawapan).Yang lagi bestnya apabila anda cuba menghubungi semula untuk follow up panggilan anda langsung tidak dijawab.Ini antara masalah yang sering dihadapi oleh peniaga-peniaga ONLINE dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan bisnes anda lingkup.

Berita baiknya disini terdapat beberapa FORMULA KHAS STEP BY STEP yang anda boleh gunakan untuk memastikan pelanggan berkata “YA” kepada produk anda.Berikut antara langkah-langkah yang perlu anda ambil sewaktu seseorang menghubungi anda untuk bertanya berkaitan dengan produk.

KLIK SINI untuk mendapatkan panduan lengkap Close Sale dengan Whatsapp

1. Jangan berikan harga terlebih dahulu.

Kebiasaanya apabila seseorang menghubungi anda melalui whatsapp ,perkara yang pertama yang bermain di fikiran mereka adalah harga.Pernah dapat mesej sebegini..PM price?. Apa yang berlaku apabila anda terus memberikan harga? Keberangkalian untuk mereka mendengar kata-kata anda selepas itu adalah tipis disebab mereka sudah mendapat apa yang mereka mahukan.Jadi apa yang perlu anda lakukan jika mereka meminta harga dari anda?

Maaf sis sebelum itu boleh saya bertanyakan beberapa soalan ,sebab saya nak pastikan adakah produk ini sesuai atau tidak kepada sis

 2. Kuasai perbualan dengan prospek anda.

Bagaimana untuk mengusai perbualan?Mudah sahaja apa yang penting anda kena sentiasa bertanyakan soalan kepada prospek anda.Contoh soalan yang boleh ditanyakan adalah seperti nama siapa tinggal di mana dan sebagainya.Ini juga dikenali sebagai Instant Rapport.Biar mereka merasai seolah-olah mereka telah lama mengenali anda.Apabila perasaan TRUST mula dibina maka lebih senang untuk anda teruskan berbual dengan mereka.

Soalan wajib yang anda perlu tanyakan ialah soalan apakah masalah yang sedang dihadapi oleh mereka :

Sis nak beli produk ini sebab masalah apa yer?Mana lah tahu saya boleh bantu?”

3. Mendengar dengan penuh teliti.

Maksud mendengar ini bukannya anda kena hubungi prospek tersebut dan bercakap melalui telefon.Cukup sekadar mengiyakan apa yang mereka cuba terangkan kepada anda.Anda boleh menulis seperti…owh..okay..betul tu..saya sokong dan sebagainya sebagai ayat seolah-olah anda memahami masalah mereka tersebut.Teknik ini nampak simple tetapi sangat berkesan.

Soalan seterusnya yang anda perlu tanyakan ialah :

Adakah sis pernah mencuba produk lain sebelum ini?”

Apabila mereka menceritakan pengalaman dengan produk sebelum ini, JANGAN SESEKALI anda menjatuhkan produk yang lain tersebut.Cukup sekadar anda berkata bersetuju dan nyatakan kelebihan produk anda kepada mereka.Contoh ayat yang boleh digunakan adalah seperti berikut :

Betul tu sis, ada seorang customer saya dulu pun mengalami masalah yang sama tetapi alhamdulillah setelah menggunakan produk ini masalah _________ ini pun hilang.

KLIK SINI untuk mendapatkan panduan lengkap Close Sale dengan Whatsapp

4. Close Sale dengan yakin.

Jangan takut-takut untuk close sale.Tanya kepada prospek anda berapa unit yang ingin dibeli dan bila pembayaran akan dibuat.Jangan sekadar menjual hanya satu unit sahaja.Tawarkan pakej yang lebih menguntungkan kepada prospek anda dengan memberikan diskaun kepada mereka.. Anda boleh tanya soalan seperti berikut :

“Berapa unit sis nak cuba?Kalau beli 2 unit akan dapat diskaun 20%.Satu lagi ini mungkin sis boleh bagi kepada ibu, sedara mara terdekat atau rakan yang mengalami masalah yang sama dengan sis”

Panduan diatas merupakan sebahagian daripada teknik yang diajarkan melalui ebook Skrip Close Sales dengan mengunakan Whatsapp.Untuk mendapatkan teknik-teknik Close Sale yang lebih Advance lagi anda boleh klik pada link ini —> Skrip Close Sale.

ARTIKEL IN BERGUNA KEPADA ANDA?

KONGSIKAN ARTIKEL INI DENGAN RAKAN-RAKAN ANDA

Categories
Hartanah Home Middle

2 Perkara Penting Untuk Elakkan Duit Deposit Anda Hangus

Bayangkan anda sedang melihat sebuah rumah impian anda dengan seorang ejen.Selesai melihat rumah tersebut anda amat tertarik dengan rumah tersebut dan ingin membeli umah tersebut.Seperti biasa ejen akan mengeluarkan satu borang yang dikenali sebagai OFFER TO PURCHASE (atau dalam bahasa singkatannya OTP).

Anda rasa teruja dan terus menandatangani borang tersebut tanpa membaca kandungan di dalam borang tersebut sambil membayar Earnest deposit sebanyak 3.18% daripada harga rumah tersebut.Keesokannnya anda terus membawa borang tersebut kepada bank untuk memohon pinjaman perumahan anda.

8 hari kemudian,pihak bank menghubungi anda dan menyatakan permohonan anda tidak diluluskan.Anda jadi risau dan mula menghubungi bank yang lain dan menghantar dokumen bagi memohon pinjaman perumah.7 hari selepas itu,anda mendapat tahu yang pinjaman anda juga tidak lulus.

Anda mula menghubungi semula Ejen tersebut,beliau memaklumkan yang Earnest deposit anda telah HANGUS disebabkan anda telah lewat sebanyak 14 hari bekerja.Anda rasa tidak puas hati dan cuba memaksa ejen tersebut memulangkan deposit anda.Ejen tersebut minta anda semak semula borang OTP dan apa yang anda dapati sungguh memeranjatkan.

Terdapat satu klausa di dalam OTP tersebut yang menyatakan :

I/We Shall undertake Sales & Puchase Agreement (SPA) within 14 days full working days from the date of acceptance by the vendor provided all necessary document are provided by Purchaser,failing which the said Earnest Deposit shall be forfeited by the Vendor and this agreement shall be treated as null and void.

Oleh yang demikian pemahaman berkaitan dengan OTP ini sangat kritikal dan wajar di ketahui oleh semua yang berhasrat membeli rumah.Oleh yang demikian, di dalam artikel ini saya akan tunjukkan apakah perkara-perkara yang harus anda titikberatkan sebelum menandatangani borang OTP supaya duit deposit anda tidak akan hangus.

1.Ketahui tempoh masa (timeline) anda.

Di dalam OTP ini ada dinyatakan 2 timeline yang penting.Yang pertama ialah berapakah  untuk anda menyiapkan segala urusan transaksi pindah milik hartanah dalam masa 90 hari daripada tarikh anda menandatangani Perjanjian Jual Beli (Sales and Purchase Agreement).Kebiasaannya selepas tamat tempoh 90 hari ini anda dibolehkan melanjutkan sehingga ke 30 hari atas persetujuan bersama pemilik rumah.Kegagalan untuk mematuhi klausa ini boleh menyebabkan anda dikenakan interest sebanyak 8% setahun.

Tempoh masa yang kedua pula adalah seperti contoh senario yang dinyatakan di atas artikel ini.Anda hanya diberikan masa 14 hari bekerja sahaja untuk mendapatkan pinjaman perumahan dan menandatangani perjanjian jual beli.Kegagalan dalam  mematuhi masa yang ditetapkan ini menyebabkan deposit anda tidak dapat dipulangkan semula.

Ada dua cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan anda gagal dari mematuhi masa yang ditetapkan.Yang pertama anda hendaklah menyediakan dokumen yang secukupnya sebelum melihat rumah itu sendiri.Yang kedua pula anda perlu memohon bukan hanya kepada 1 bank sahaja,tetapi mohon kepada lebih dari 3 bank.Ini akan mempercepatkan proses dan juga memberi banyak pilihan bagi anda memilih pakej pinjaman mana yang lebih menarik.

2.Masukkan Special Condition di bahagian “Others

Kalau anda baca keseluruhan borang OTP ,anda akan dapati tiada satu klausa pun yang menyebut pemulangan semula deposit anda.Oleh yang demikian anda kena TAMBAH sendiri klausa tersebua di bahagian paling akhir.Kebiasaannya pada perkaran 8 atau 9 ada dituliskan “additional clause if (any) …………”.Apa yang anda perlu tambahkan adalah seperti :

  1. the sale is subjected to purchaser having obtained loan approval 90% by the financial institution to finance the purchase.
  2. the sales shall include the fittings and fixtures.
  3. the sales shall subjected to an existing tenancy of property (sekiranya pemindahan termasuk dengan penyewa yang sedang duduk di rumah tersebut.

Anda tidak perlu takut untuk memasukkan klausa tambaha ini sebab ia merupakan hak anda.

Diharap dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda.

KONGSIKAN JIKA ANDA RASAKAN ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT

TEKAN BUTANG SHARE DITEPI

Categories
Internet Marketer

Cara untuk tetapkan fungsi AUTO REPLY FB Pages Anda.

Pada artikel kali ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk mengaktifkan fungsi AUTOREPLY di dalam FB PAGES anda.Fungsi ini amat menarik sekali supaya anda dapat memberikan maklumbalas yang pantas kepada prospek yang menghubungi anda melalui Mesengger di dalam FB PAGES.Gambar dibawah ini menunjukkan satu mesej secara automatik yang di pasang di dalam FB Pages Genius Hartanah saya.

Cara_autoreply_FB_pages

Apabila En Hmd Puad ini PM saya melalui Pages, secara automatiknya sistem akan menghantar REPLY seperti di dalam kotak merah di atas. Anda boleh menetapkan mesej yang ingin dipaparkan kepada prospek tersebut.Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi Engagement antara anda dan prospek tersebut.

Cara untuk tetapkan Fungsi Autoreply FB Pages :

  1. Pergi ke bahagian Pages anda dan Klik pada butang Setting.

Cara_autoreply_Fbpages2

 

2. Klik kepada Tab “Message”

cara_autoreply_fbpages

3.      Di bahagian “Send Instant Reply to anyone who messages your pages” Tukar kepada YES.(No.1 di dalam               gambar )

Cara_autoreply_fbpages4

4. Edit Message yang anda kehendaki di (1) dan mesej tersebut akan di display di dalam kotak hijau di (2). Anda            juga boleh masukkan personalize sekiranya perlu.

Cara_autoreply_Fbpages5

5. Akhir sekali tekan butang SAVE.

Dan sekarang anda telah mempunyai sistem yang boleh menghantar mesej secara automatik kepada prospek yang PM anda dengan PANTAS.

Selamat Mencuba.

KONGSIKAN ARTIKEL INI SEKIRANYA BERMANFAAT BAGI ANDA

 

Categories
Hartanah Home top

Cara Untuk Mengira Debt Service Ratio anda

Perkara yang paling penting yang dilihat dari perspektif  pihak bank untuk meluluskan sesuatu pinjaman perumahan anda ialah DSR (Debt Servis Ratio).DSR juga dikenali sebagai DBR (Debt Burden Ratio).Secara bahasa mudahnya ia merupakan satu kayu ukur untuk menilai berapakah lama “Hutang” yang mampu anda uruskan.Dengan kata lain ,adalah anda layak untuk menambah hutang anda lagi?

Konsepnya seperti ini, katakan ada seseorang yang datang kepada anda dan ingin meminjam duit .Apa yang anda akan lihat kepada orang tersebut?Perkara pertama yang   akan melihat ialah kemampuan orang tersebut untuk membayar kembali duit yang dipinjam setiap bulan. Begitulah juga dengan pihak bank.Mereka telah memperkenalkan satu indikator penting bagi menilai prestasi seseorang itu dengan pihak kewangan.

Rumus untuk mengira DSR adalah seperti berikut :

Rumus Pengiraan DSR
DSR = (KOMITMEN / PENDAPATAN) X 100

Dua perkara penting di dalam rumus tersebut ialah KOMITMEN dan juga PENDAPATAN.

Komitmen ialah jumlah hutang-hutang anda dengan pihak bank yang telah tertulis dan direkodkan di dalam laporan CCRIS anda.Anda boleh mendapatkan laporan CCRIS ini di Bank Negara Malaysia. Contoh CCRIS adalah seperti di dalam gambar dibawah ini

Cara_mengira_CCRIS

Daripada laporan CCRIS milik Abu di atas ini, kita dapati pemilik laporan CCRIS ini mempuyai 3 komitmen. Pertama dengan Affin Bank untuk pembelian kereta.Kedua pinjaman peribadi daripada AEON bank dan ketiga pinjaman peribadi daripada Maybank Islamic.

Katakan setiap bulan abu membayar RM 600 untuk pinjaman kereta,RM 300 untuk pinjaman peribadi dengan AEON dan RM 400  untuk pinjaman peribadi dengan Maybank maka jumlah komitment abu ialah :

KOMITMEN ABU
KOMITMEN = RM 600 + RM 300 + RM 400 = RM 1,300

Jadi jumlah Komitmen Abu ialah sebanyak RM 1,300.

Untuk Pendapatan pula kita boleh bahagikan kepada 4 jenis pendapatan iaitu pendapatan aktif, pendapatan pasif, pendapatan perniagaan dan pendapatan portfolio.

Contohnya Abu merupakan seorang guru yang membuat pernigaan online secara sambilan. Dia juga seorang yang aktif dalam bermain saham. Abu juga mempunyai sebuah rumah yang disewakan kepada pelajar beliau.Jadi secaratidak langsung Abu mempunyai keempat-empat pendapatan di atas :

  • Pendapatan Aktif = Gaji sebagai seorang guru.
  • Pendapatan Pasif = Sewaan rumah.
  • Pendapatan perniagaan = Daripada perniagaan online.
  • Pendapatan portfolio = Keuntungan daripada saham

Katakan jumlah keseluruhan pendapatan Abu setiap bulan adalah RM 4,000 . Maka , Debt Service Ratio (DSR) Abu ialah :

DSR  = (RM 1,300 / RM 4,000) X 100

= 33%

Kita digalakkan untuk mengekalkan DSR dbawah 60% kerana apabila melebihi daripada 60% maka agak sukar untuk pinjaman kita dilulukan. Setiap bank mempunyai limit yang berbeza-beza di dalam DSR. Dan perbezaan limit ini bergantung kepada pendapatan seseorang tersebut.

KONGSIKAN SEKIRANYA BERMANFAAT