Categories
Hartanah Home Middle

4 Nasihat kepada Pembeli Rumah Pertama

1.Kenali Objektif pembelian rumah pertama anda

Ada 2 objektif utama pembelian sesebuah rumah iaitu untuk dijadikan tempat tinggal dan untuk dijadikan sebagai pelaburan.

Untuk pembelian sebagai tempat tinggal,kebiasaannya seseorang itu lebih terdorang kepada keselesaan ,keselamatan dan kemudahan asas yang berada berhampiran dengan lokasi tersebut.Jarak di antara rumah dan tempat kerja juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan rumah pertama.Walaubagaimanapun perlu diingatkan juga kepada semua supaya tidak hanya memikirkan rumah yang bakal dibeli tersebut hanya untuk didiami sahaja sehingga mengabaikan aspek-aspek pelaburan.

Pernah berlaku  satu kejadian dimana pasangan ini pada mulanya berniat untuk membeli sebuah rumah di kawasan A.Setelah mencari-cari rumah yang sesuai,mereka memilih untuk membeli satu rumah yang bersebelahan dengan Pencawang Elektrik TNB kerana harganya yang murah berbanding unit lain di kawasan tersebut.

Setelah 6 tahun mendiami rumah tersebut,si suami mendapat peluang pekerjaan di luar negara selama 10 tahun.Jadi pasangan tersebut berhasrat untuk berpindah dan menjual rumah tersebut.Apa yang mengejutkan,harga rumah tersebut lebih rendah dari harga-harga dari unit lain di kawasan yang sama.Penjualan rumah tersebut juga mengambil masa yang agak lama walaupun mereka menggunakan perkhidmatan Ejen.Setelah diteliti ,rupa-rupanya kedudukan bersebelahan dengan PE TNB yang menyebabkan perkara-perkara tersebut berlaku.

2.Pastikan Anda semak kelayakan Pinjaman Anda terlebih dahulu

Kebanyakan pembeli rumah pertama akan mencari rumah dahulu kemudian barulah mereka mencari bank untuk membuat pinjaman.Ini adalah satu kesilapan yang BESAR. Anda sepatutnya berhubung terlebih dahulu dengan pegawai bank untuk menyemak berapakah kelayakan anda sebagai pembeli.Jangan hanya menyemak dengan satu bank sahaja,anda sekurang-kurangnya perlu menyemak dengan 3 bank yang berbeza.

Ini adalah kerana setiap bank mempunyai “benchmark” yang berbeza untuk kelulusan sesuatu pinjaman.Mereka akan melihat berapakah DSR (Debt Service Ratio) anda.Jangan takut sekiranya pegawai bank tersebut mengetahui yang anda juga survey dengan bank yang lain.

Apakah kesan sekiranya anda tidak menyemak kelayakan pinjaman anda terlebih dahulu?

Selepas menandatangani OTP (Offer To Purchase) atau bahasa mudahnya Booking Form,anda dikehandaki membayar Earnest deposit (3% daripada harga rumah tersebut).Kemudian anda hanya diberikan 14 hari bekerja untuk memastikan yang anda mendapat pinjaman dari pihak bank.Sekiranya anda gagal mendapatkan pinjaman dalam masa 14 hari bekerja,maka deposit 3% akan hangus.

3. Tahu berapakah nilai Semasa hartanah yang ingin dibeli.

Jika harga hartanah tersebut adalah RM 400,000 dan anda ingin membuat pinjaman sebanyak 90% daripada pihak bank,anda mestilah memeriksa terlebih dahulu dengan pihak bank sama ada harga rumah yang ingin dibeli ini boleh memberikan pinjaman sehingga 90%.Ini dipanggil juga sebagai MOF (Margin of Finance)

Katakan hartanah tersebut setelah disemak oleh pihak bank dengan penilai,harganya cuma RM 350,000 sahaja,maka bank tersebut hanya akan memberikan pinjaman 90% daripada nilai RM 350,000 dan BUKANNYA 90% dari harga RM 400,000. Sekiranya anda berhasrat juga ingin membeli juga hartanah tersebut, anda terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk TOP UP perbezaan harga tersebut.

Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini adalah sewaktu anda menandatangani Booking Form, letakkan klausa yang mengatakan bahawa anda boleh mendapatkan kembali Earnest Deposit (3% dari harga rumah) anda jika anda gagal untuk mendapatkan pinjaman 90% dari harga jualan.Klausa ini bukan standard untuk di dalam booking form,tetapi jangan takut untuk meletakkan syarat ini di dalam booking form tersebut kerana ini merupakan hak anda sebagai pembeli.

4. Sediakan Modal yang mencukupi

Modal yang mencukupi tidak hanya 10% daripada harga rumah.Anda perlu juga menyediakan lebih kurang 5-6% wang tunai daripada harga rumah tersebut untuk kos-kos pindah milik hartanah tersebut kepada anda.Sesetengah bank membenarkan anda memasukkan Legal Fee dan juga Insuran (MRTA/MRTT) ke dalam loan anda dan terdapat sesetengah bank tidak membenarkan.

Oleh yang demikian, untuk memastikan perkara ini ditanggung oleh pihak bank atau tidak anda perlu bertanya kepada pegawai bank tersebut.Selain daripada itu,anda juga akan membayar Yuran Peguam dan Duti Setem untuk pengurusan Perjanjian Jual Beli.Dapatkan sebutharga daripada beberapa peguam terlebih dahulu sebelum anda memilih mereka untuk melantik mereka.

Untuk Setem Duti pula, sebagai pembeli rumah pertama anda berhak mendapat potongan 50% sekali seumur hidup.Pastikan anda memberitahu peguam anda yang anda ingin menggunakan kelayakan potongan ini untuk menjimatkan kos ini.

Klik Sini Untuk melihat Video Berkaitan pengiraan Duti Setem dan Yuran Peguam

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua.

KONGSIKAN ARTIKEL INI.KLIK BUTANG SHARE DIBAWAH.

1 reply on “4 Nasihat kepada Pembeli Rumah Pertama”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *