Categories
Hartanah Home top

10 Sebab Pinjaman Perumahan Anda Ditolak Bank

ebab_Pinjaman_perumahan_ditolak_2

Anda sedang berkira-kira untuk memiliki sesebuah rumah ketika ini?.Saya pasti  perkara yang penting yang perlu di uruskan ketika ini adalah untuk mendapatkan kelulusan Pinjaman Perumahan daripada pihak bank.Tetapi tahukah anda pada ketika ini kadar kelulusan sesebuah pinjaman perumahan amat rendah jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu.Dengan kata lain kadar pinjaman tidak lulus sangat tingi.Di dalam artikel ini saya ingin berkongsi antara 10 sebab mengapa sesebuah pinjaman perumahan ditolak oleh pihak bank.

1.Pinjaman Anda ketika ini mempunyai masalah.

Setiap kali anda ingin memohon pinjman yang baru,bank akan melihat kepada laporan CCRIS (Central Credit Reference Information System) anda.Laporan ini memaparkan status setiap pembayaran pinjaman anda dalam tempoh masa setahun.(lihat gambar dibawah untuk contoh laporan CCRIS).Kelewatan pembayaran terhadap pinjaman yang anda sedia ada kini akan direkodkan dalam laporan ini.Sekiranya pihak bank melihat banyak tunggakan dan juga kelewatan pembayaran maka mereka boleh menganggap anda sebagai non-performer borrower.Sebagai non-performer borrower agak sukar untuk anda mendapatkan pinjaman pada masa akan datang.Laporan CCRIS ini anda boleh dapatkan di Bank Negara.

Cara_mengira_CCRIS

2. Pemaju / Pemilik Rumah Bankrap.

Bank akan menyemak sama ada pemaju/pemilik rumah tersebut bankrap atau dibawah tindakan undang-undang yang dipanggil CTOS (Credit Tip Off System).Jika penjual tersebut telah pun bankrap (sama ada individu ataupun syarikat) maka hartanah tersebut tidak boleh dipindah milik.Anda juga boleh menyemak status pemaju/pemilik ini dengan pergi ke laman web Myeg.com.my dan pergi ke bahagian Jabatan Insolvenci Negara.(sila rujuk gambar di bawah ini).

sebab_pinjaman_perumahan_ditolak3

3. Pemaju dalam Senarai hitam bank.

Setiap bank mempunyai senarai hitam pemaju yang berbeza-beza.Bank mempunyai sebab-sebab yang tertentu untuk “Blacklist“sesebuah pemaju. Antara sebab ialah pemaju tersebut pernah bankrap sebelum ini,pernah disaman oleh mahkamah atas sebab-sebab tertentu atau mempunyai pengalaman yang buruk dengan pemaju tersebut dalam projek-projek yang terdahulu. Adalah di nasihatkan supaya anda dapatkan senarai pemaju yang disenarai hitamkan oleh pihak bank.

4. Pendapatan tidak memenuhi kriteria.

Ini di antara sebab utama mengapa bank tidak akan meluluskan pinjaman perumahan anda.Katakan gaji anda adalah RM 3,000 setiap bulan, manakala bayaran installment setiap bulan adalah RM2,500, jika anda ditempat bank, adakah anda akan meluluskan pinjaman tersebut.Sudah tentu tidak bukan?Anda boleh melihat kemampuan anda dengan mengira DSR (Debt Service Ratio) diri anda sendiri.Di dalam artikel Cara untuk mengira Debt Service Ratio , saya ada terangkan secara terperinci cara-cara bagaimana untuk mengira DSR.

5. Dokumen yang palsu.

Jika anda berfikir dengan memalsukan dokumen-dokumen(contoh pemalsuan dokumen pendapatan dengan memberikan dokumen pendapatan tambahan) untuk mendapatkan pinjaman ,lebih baik anda lupakan hasrat tersebut.Jika pihak bank mendapat tahu pemalsuan dokumen tersebut,pinjaman anda bukan sahaja akan ditolak,malah lebih teruk lagi mereka akan membuat laporan kepada pihak polis.Ada satu kes dimana terdapat pemalsuan dari segi penyata EPF.Pihak bank ada cara tersendiri bagaimana untuk mengenali dokumen palsu ini.

6. Hartanah dalam kawasan senarai hitam.

Sepertimana pihak bank mempunyai senarai hitam pemaju,mereka juga mempunyai senarai hitam kawasan-kawasan tertentu yang telah siap sepenuhnya.Antara kawasan-kawasan adalah seperti kawasan tanah runtuh (c0ntoh Bukit Antarabangsa),kawasan yang banjir,kedudukan dibawah High Tension Tower, dan juga kawasan yang masih berada dalam master title lebih dari 10 tahun.

7. Tiada bukti pendapatan yang lengkap

Bank akan sentiasa melihat kepada dokumen yang dihantar.Mereka bukan sahaja mahukan Slip Gaji bulanan,bahkan mereka cuba untuk mendapatkan lebih daripada iu contohnya seperti EPF, Income Tax, penyata akaun semasa/akaun simpanan dan apa-apa sahaja yang boleh membuktikan pendapatan tambahan terhadap diri anda. Oleh yang demikian anda perlu lampirkan dokumen yang lebih daripada apa yang diminta oleh pihak bank. Buat satu profil (dalam bentuk seperti Resume) tentang status kedudukan kewangan anda terkini.

8. Leasehold yang kurang dari 30/60 Tahun Tenure.

Ini terpulang kepada bank tetapi ada di kalangan mereka yang tidak menerima hartanah yang mempunyai baki pegangan kurang dari 30 atau 60 tahun. Kebiasaannya pihak bank akan melihat semula keadaan hartanah tersebut sama ada nilai hartanah tersebut akan berkurang pada akhir tempoh pegangan.

9. Pegawai bank yang menguruskan pinjaman.

Pengalaman pegawai bank dalam menguruskan pinjaman sangat penting dalam proses kelulusan pinjaman anda.Sekiranya pegawai tersebut tidak pernah berhadapan dengan situasi bagaimana untuk mengatasi masalah dalam proses kelulusan pinjaman anda, mereka akan terus melupakan dan tidak akan memproses pinjaman tersebut. Berlainan dengan mereka yang mempunyai pengalaman, mereka akan cuba sedaya upaya untuk memastikan pinjaman anda lulus. Mereka akan telefon anda sekiranya perlukan dokumen sokongan tambahan. Anda juga yang sanggup pergi ke bank cawangan lain (bank sama) bagi menghantar dokumen anda.

10. Bukan salah anda, tetapi kriteria Bank!

Setiap bank mempunyai kriteria kelulusan ang berbeza. Bank A dan Bank B tidak akan sama kriteria dalam meluluskan pinjaman anda. Jadi jika permohonan anda telah ditolak oleh bank A, itu bukanlah pengakhiran kepada impan anda untuk memiliki rumah. Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke Bank B, Bank C dan Bank D dan hantar semula semua dokumen yang diperlukan. Dapatkan input daripada Bank A mengapa pinjaman anda ditolak sebagai satu ilmu bagaimana anda ketahui kriteria kelulusan sesebuah bank.

Semoga Perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

KONGSIKAN DENGAN RAKAN ANDA.KLIK BUTANG SHARE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *