Categories
Hartanah

Cara Semak Nilai Hartanah Anda

Nilai hartanah akan sentiasa berubah dari tahun demi tahun.Katakan anda membeli sebuah rumah pada tahun 2012, dan pada tahun ini (2016) harganya tidak akan sama lagi dengan harga sewaktu pembelian dahulu.Katakan pada tahun 2012 harga beli rumah anda tersebut ialah RM 80,000, harga pada ketika ini berkemungkinan sudah menjangkau lebih kurang RM 150,000 ke RM 170,000.

Kebiasaannya semakan nilai hartanah ini menjadi penting dalam dua situsi. Dua situasi tersebut ialah sewaktu seseorang itu ingin menjual atau Refinance rumah mereka .Cara menyemak biasanya adalah melalui agen-agen hartanah dan juga melalui  pegawai bank.Tahukah anda yang sebenarnya ada cara yang lebih mudah dan senang untuk menyemak nilai hartanah ini?

Nak jual hartanah anda? Dapatkan nilai hartanah yang tepat dari Jurunilai Professional (Lembah Klang Sahaja)

Walaupun semakan ini tidak setepat semakan daripada jurunilai yang professional ,tetapi sekurang-kurangnya anda boleh mengetahui dengan CEPAT dan MUDAH berapakah nilai hartanah anda pada ketika ini tanpa memerlukan perkhidmatan orang ketiga.Di sini saya ingin berkongsi 3 cara bagaimana anda boleh mengetahui berapakah nilai hartanah anda ketika ini.

Semak nilai hartanah menggunakan laman web pemasaran hartanah

Apakah dia laman web pemasaran hartanah?.Laman web pemasaran hartanah ini adalah laman web yang khas untuk menjual dan menyewa hartanah.Anatar laman web pemasaran hartanah yang popular adalah seperti iproperty.com,propertyguru,propwall dan juga mudah.my.Cara untuk semak nilai hartanah adalah mudah.Anda hanya perlu taip hartanah yang anda ingin semak dan lihat berapakah harga yang dipaparkan.

Contohnya kita akan buat carian untuk “Apartment Vista Angkasa“.

Semak nilai hartanah melalui iproperty

 

Daripada carian di atas,harga pasaran untuk Apartment Vista Angkasa boleh di anggarkan dalam lingkungan RM 450k-470k.Ini merupakan harga anggaran sahaja kerana harga yang di pamerkan merupakan harga yang mahu dijual oleh pemilik rumah tersebut.

Nak jual Hartanah Anda?Dapatkan nilai hartanah yang tepat dari Jurunilai Professional.(Lembah Kelang Sahaja)

Semak nilai hartanah menggunakan laman web TheEdgproperty.com.my

Salah satu daripada laman web yang anda boleh jadikan rujukan untuk menyemak nilai hartanah anda adalah dengan melalui laman web TheEdgeProperty.com.my.Pada muka hadapan laman web tersebut anda pilih TAB analytics dan pilih “Edge Reference Price”.Kemudian anda taipkan nama kawasan yang anda ingin semak dan tekan SEARCH (Rujuk gambar pertama).Yang menariknya di sini ialah anda akan perolehi harga dalam perkaki persegi (square feet) dan juga Rental Yield yang boleh diperolehi daripada hasil sewaan kawasan tersebut.

semakan_nilai_hartanah2

semak_nilai_hartanah_theedgeproperty2

Semak nilai hartanah menggunakan laman web Brickz.my

Brickz.my merupakan sebuah laman web yang menyediakan maklumat setiap transaksi yang pernah beraku di kawasan yang ingin anda semak.Data-data ini diperolehi daripada JPPH (Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta).Ini merupakan data sebenar yang di perolehi selepas pembayaran duti setem ke atas hartanah tersebut.Yang menariknya dalam laman web Brikz.my ini anda boleh dapat ketahui nilai transaksi hartanah yang terkini (lihat gambar ke-dua transaksi berlaku pada bulan March 2016).Selan itu ,sekiranya anda ingin dapatkan maklumat yang lebih lanjut (contoh seperti nombor rumah,tingkat dan blok) ,anda boleh membeli laporan khas untuk kawasan tersebut dengan harga RM 30 sahaja.

semak_nilai-hartanah_brikz.my

semak_nilai_hartanah_brikz2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *